ROA, Seksyen 7, Shah Alam

Hi!

Assalamualaikum dan selamat petang,

Craving for menado food?? U all boleh try masakan menado di Restoran Roa, Seksyen 7 Shah Alam. 1st time pegi restoran ni macam blur jugak nak order sebab menu dia bukan macam set ayam penyet tu tapi semuanya ala-carte lauk-lauk then makan dengan nasi putih. Ada juga nasi goreng dan nasi kuning menado. Lauk-lauk semuanya dah dimasak awal-awal then bila korang order, dia akan panaskan semula. If tak puashati tengok menu, terus pegi kat tray-tray yang diorang dah hidang tu. Lagi senang nak decide menu apa nak pilih. Portion agak kecil sesuai untuk 2 orang makan.

Venue: Roa
Cuisine: Manadonese Food
Address: 7, Jalan Kristal K7/K, Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Reservations: 0355244486 
Opening Hours: Monday to Sunday, 10am-12am
Website: www.roabyjovianmandagie.com/

Roa Saos - sambal kering ni sangattt pedas!
Ayam Rica-Rica RM12.50- ayam diselaputi sambal berbiji cili. Pedas tapi boleh makan la.
Perkedil Jagung RM4/pc - telur + jagung. yang ni buat kat rumah lagi sedap kot! hehe
Panada RM4/pc- karipap inti ikan. sedap dimakan semasa panas!

Dekorasi meja yang cantik ala-ala garden


Ikan Bakar Bawal cecah air asam, Cumi Cah Hitam RM15 dan Sayur Rica Rodo RM8

Cumi hitam ni memang favourite aku kalau makan kat sini. Sedap!

Ruang yang luas




Next visit,








Comments

Popular Posts