Dolly Dimsum, Avenue K

Hi,

Assalamualaikum and good morning all !

Harini nak update pasal tempat makan best yang aku dah pernah try. Untuk sesiapa yang dah lama teringin nak makan dimsum boleh try tempat ni. Dolly Dimsum kat Avenue K, sebelah KLCC tu. Halal dan sedap! Pelbagai menu ada kat sini korang boleh pilih either steam or fried. Aku suka steam sebab tak guilty sangat makan. Takda minyak and rasa lagi real. Paling paling aku recommend dia punya Loh Mai Gai a.k.a nasi pulut. Rasa masin-masin sikit dan mushroom dia sedap!

Tips: Pilih menu tu berpada-pada jangan tamak sangat ya! 3-4 jenis dimsum + 1 main dish dah cukup untuk 2 orang makan. Sharing is loving!

Venue: Dolly Dimsum
Address: G-9 & G-9A Ground Floor, Avenue K, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Reservations: 0321813830
Opening Hours: Daily 11am-10pm
Website: www.dollydimsum.com/
Facebook: https://www.facebook.com/dollydimsum

Siew Mai Dumpling - tender chicken and prawn steamed with mushroom RM8.80

Homemade Fishball - Fresh fishball steamed on a bed of spinach RM7.50

Loh Mai Gai - Glutinous rice with chicken, mushroom and abalone RM8.50

Yam Croquette - Filled with diced flavored meat, mushroom and peas RM8.00






Cara senang nak kesini, korang park kat basement KLCC and then just jalan kaki ke Avenue K melalui terowong LRT stesen KLCC. Naik escalator sampai GF, jalan terus sampai nampak Cotton On. Kedai ni betul-betul kat sebelah Cotton On. Weekend sangat full. Kena tunggu around 10-15min. Sangat selesa, toilet bersih, sesuai untuk gathering dengan family dan kawan-kawan.


Comments

Popular Posts