Kehidupan

Hospital Ampang

Pakcikku Samsudin Baharin disahkan menghidap kanser darah atau nama saintifiknya hematology. Sudah hampir 3 minggu dia berada di dalam ICU dan hari ini merupakan kali ke 3 doktor membenarkan semua ahli keluarga melawat kerana pakcikku berada dalam keadaan kritikal. Kali pertama aku melawat beliau adalah 2 minggu lepas semasa beliau masih di dalam wad biasa. Keadaannya sangat menyedihkan. Darah mengalir dari mulut dan luka. Beliau masih sempat membuka mata dan biji matanya merah dipenuhi darah. Sempat aku bercakap dengan beliau. 'Pak anjang tak apa-apa' tu je yang aku dengar. Lepastu beliau kembali tidur.

Hari ini doktor membenarkan kami melawat beramai-ramai. Rambutnya gugur secara mendadak. Bibirnya pecah dan dipenuhi kesan darah kering. Bantal dipenuhi kesan darah yang mengalir dari telinga. Bermacam-macam wayar di ssmbungkan ke badannya. Tangannya membengkak disebabkan masuk air. Badannya lebam dan luka kelihatan bernanah kerana terlalu lama di suntik. Kesan air mata kering masih ada. Nurse cakap tak boleh lap dah. Kulit dah start tercabut. Matanya tertutup rapat seperti di gam. Tak dapat dibayangkan sakit yang dialaminya..

Terfikir andaikata hidupku begitu,

Siapakah yang akan menemaniku,
Berapa ramai kawan yang akan menziarahi ku..

Hidup hanya sementara,
Try to satisfy everybody
Buat baik pada semua, buat jahat jangan sekali.

Celaru-pilu-nobodyhear-😭

Cont.,
Jam 1.15am, finally aku sampai ke rumah setelah seharian di hospital. Keadaan pakcikku seolah olah tiada harapan. Tekanan darah hanya 29-30. Pemberian ubat darah tinggi melalui saluran juga dihentikan kerana menurut doktor, badannya dah tak dapat terima. Doktor jangkakan hayatnya hanya bertahan sampai esok pagi. Nadinya sudah terhenti yang tinggal hanyalah degupan jantung. Badannya juga sudah mula sejuk. Tinggal lah ayahku, ucu in, dan makcikku di hospital. Teringat kembali saat pemergian arwah atok ku di Ipoh, perjalanan yang sama..

Sedih. Ya Allah kau berikanlah apa yang terbaik untuk pakcikku.

Cont.,
Tepat 3.05am, hari Ahad, 20 September 2015, pakcikku meninggal dunia setelah 20 hari genap di dalam ICU. Innalillah...Semoga segala amalan beliau diterima, ampunkan lah segala dosanya dan semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Cont.,
Jam 8.30am, hari yang sama arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Terap Kuala Selangor. Arwah dibawa ke Kuala Selangor menggunakan Van Jenazah PDRM. Proses pengebumian berjalan lancar dan dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan pengaliran darah yang tidak berhenti.

Dari tanah kita datang, dan ke tanah juga kita kembali. Al-fatihah.










Comments

Popular Posts