3.15pm
Bukit Kemuning
Assalamualaikum semua!
Harini genap la hari ke 14 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masih dikurniakan kekuatan untuk berpuasa. Untuk adik2 yg baru nak mula puasa tu, chaiyok2!!! Yeahhhh, 4hrs to go! kejap je tu.
Day 1
Harini nak update pasal trip aku ke Bangkok pada 2-6 May, lebih kurang 2 bulan lepas. Unplanned trip with all my bestie! Harga flight ticket masa tu around RM400 return with Malindo Air. Best fly dengan Malindo ni. 1 jam pun tak rasa bosan sebab ada seat tablet. After 1 hr dalam kapal terbang, tepat jam 11.30am kitorang pun selamat menjejakkan kaki di Don Muaeng International Airport, bumi Thailand. Sawadekap kap kung kap. cemana aih nak jalan2 sini. bahasa thai seketoi tu jela yg aku tau.
|
airport bangkok. err kenapa blur pulak ni |
|
ATM di airport. CIMB Maybank takda ye dik! |
|
taxi/cab di bangkok |
|
bas di bangkok. tak da chance naik pun. maybe next time |
Kitorang ambil cab untuk ke hotel, tempoh dari aiport ke Hilton Millenium sekitar 40min, average speed. Tambang aku x ingat dah. But sediakan duit awal2 untul tol ye. 70 baht untuk 2x tol. Yang ni passenger kena bayar sendiri. Driver akan mintak masa sampai toll. Driver ni bagus jugak. dia siap tanya kitorang samada nak ikut highway or jalan biasa. taktau lah apa bezanya. mungkin highway ada tol and lagi cepat and jalan biasa no tol tapi jauh kot.
|
Dalam taxi. Kami ambik 2 taxi sebab tak muat |
|
Ni ha list airport taxi fare |
Sesampai je di hotel, kami checkin dan terus merehatkan diri. This time tak penat sangat la sebab 1 hr je dalam flight kan. Bilik hotel ni memang terbaikkk!!! tiptop sungguh! besar, bersih, moden, view pun woww!!! lagi2 kitorang memang purposely booking riverview.
|
lobby hotel |
|
view dari bilik kitorang! |
|
bilik kami. bersih, besar. ngeh3! |
|
lobby hotel |
|
lobby hotel |
|
construction area. view dari bilik kitorang jugak! nampak macam lego kan. |
Sekitar 4pm kitorang bergerak ke hotel pier, perjalanan 10-15min menaiki shuttle boat menuju ke public pier. err boat ni cantik tau. besar and ada design tersendiri. disediakan percuma untuk kemudahan tetamu hotel. Dari public pier, kena jalan kaki sikit untuk sampai ke stesen BTS Saphan taksin. Design BTS kat Bangkok ni ala-ala stesen LRT kita kat Malaysia la. Just diorang punya kurang escalator and takda kemudahan untuk OKU. Memang berpeluh la nak panjat tangga, beratur beli tiket tu. Sepanjang kat sini, kitorang beli Rabbit Card. Fungsi macam touch n go. Reload min 100 baht dan boleh terus guna. 100 baht tu boleh guna 3x la sebab tambang dia lebih kurang 30-40 baht sekali jalan. Jangan reload terlalu banyak, nanti tak habis, rugi kan!
|
Shuttle boat by Hilton Hotel |
|
Shuttle boat The Peninsula Hotel |
|
Shuutle boat yang dihiasi lampu pada waktu malam |
|
|
|
Public Pier. Kat board tu ada tulis senarai hotel yang menyediakan servis shuttle boat. Ada guard yang bertugas menjaga keselamatan.
|
|
Mesin automatik untuk pembelian tiket |
|
Boleh juga beli tiket di kaunter |
|
sape nak guna servis tut-tut, boleh pergi sini. sebelah stesen saphan taksin |
|
Inilah rabbit card yang kitorang beli. 1 card/ person. |
Kami drop off di stesen BTS Siam dan terus berjalan kaki menuju ke Paragon Mall. Perut pun dah sangat lapar apalagi, terus ke food hall and survey apa makanan yang boleh kami makanan. Nak cari makanan halal kat sini amatlah payah. Jadi, kami makan phad thai (kueytiow goreng), tomyam dan nasi ayam. Semua ni pork free. Sambil makan sibuk usha apa orang2 sini makan. Macam-macam nama pelik la tapi seriously design food court diorang sangat menakjubkan, sangat bersih, dan susunatur kedai sangat menyenangkan. Harga?? Bagi aku mahal la. rupanya taraf hidup orang Bangkok ni lagi tinggi dari orang Malaysia tau. haaaa jangan ingat diorang datang Malaysia jadi tukang massage je, mereka sebenarnya lagi high end tau!
|
Pad Thai (kueytiow + kacang) |
|
Tom Yam pure from Thailand! Must try. Tom yam sini ada telur itik |
|
Inilah rupa paras Mango sticky rice. Terbaik! 110baht = RM11 |
Kami menghabiskan waktu malam dengan berjalan-jalan di beberapa mall di Siam. Sempat singgah ke MBK yang menjual pelbagai jenis cenderahati seperti t-shirt, sabun wangi, keychain dengan harga yang murah. Recommended place untuk souvenior! Kami beli beberapa helai t-shirt sebagai kenangan. Waktu malam kat sini sangat havoc. Banyak street stall yang menjual makanan, pakaian, dan buah-buahan. Cuma keadaannya agak sesak dan kebersihannya tidak terjaga. Kebetulan waktu tu juga ada konsert amal buat mangsa gempabumi Nepal. So makin ramai la muda-mudi yang lepak and banyak gerai2 karnival.
Malam tu kitorang plan nak dinner kat Yana Restaurant tapi sampai2 je dah tutup. Endup we just had simple dinner. Tapao nasi goreng kat Thai Muslim by Sultana and makan kat hotel je. Nyummm3
|
Thai Muslim ni terletak kat dalam foodcourt betul2 di depan Yana Restaurant |
|
Ni lagi satu kedai halal Ali's Arabic Cuisine. Tak try pun sebab dah order nasi goreng |
|
|
|
Dalam perjalanan ke stesen BTS, nampak kedai jual fruit & herbal drinks ala-ala grab n go. Kami beli cincau, lemongrass and herbal tea untuk menghilangkan panas dalam badan.
|
Soontra, fruit & herbal drinks |
Day 2
Bangun2 je dah terhidu bau kopi panas! untung la kawan aku yang rajin ni. siap prepare homemade breakfast untuk kitorang. Burppp alhamdulillah, kenyang makan 1 cup vegetarian maggi + kopi o. Harini kami akan bersesak di Chatuchak Market. Excited ni! Orang cakap sini murah and banyak pilihan. Jom kita redah. Untuk ke market ni, kena drop off kat stesen BTS Mo Chit, jangan lupa tukar ke Sukhumvit Line kat stesen BTS Siam ye. Punya la ramai manusia nak ke Chatuchak ni. Jejantas dia full gilerr and panas tak yah cakap la.
|
Suasana di dalam train BTS |
|
Jejantas yang menghubungkan stesen BTS Mo Chit dan Chatuchak Market/Park |
|
Macam-macam public transport yang ada untuk ke Chatuchak Market/Park |
Pegi sini takyah nak bermekap sakan la. komfem cair dan silalah pakai sandal yang menyelesakan kaki anda. Amaran ni tau!! Yang penting jaga barang berharga anda. Better bawa backpack or sling bag je. Setelah berjalan melalui Chatuchak Park, barulah kita akan sampai ke marketnya. Memang rambang mata la. Segala jenis barang dari pakaian, pingan mangkuk, barang kahwin, barang spa, accessories, bag, tuala, dan macam2 lagi ada kat situ. Pasar ni sangat besar, susunan kedainya lebih kurang macam Uptown, cuma lagi banyak lorong2 nya. Jalan punya jalan akhirnya taktau beli ape. Aku sempat rembat 1 bag untuk adik aku berharga 250 baht. Fancy soap kat sini paling murah compared with other place.
|
Chatuchak Park. Sape nak bagi makan burung, boleh beli dedak yang dijual disekitar taman |
|
Ini beg yang aku beli untuk adik aku |
|
Entrance Chatuchak Market. Ada polis bertugas menjaga keselamatan |
|
Kedai accessories wanita. Sesuai untuk sape yang nak buat bisnes online |
|
Kedai herba. Haaa ni bagus buat souvenir untuk ibu kita. Packing nya cantik! |
|
Kedai barangan perkahwin. Silalah gunakan skill tawar-menawar anda untuk harga yang lebih murah |
|
|
Haaaa tudia. Comel kan?? Fancy soap. Sebijik macam buah sebenar. 12pcs berharga 600 baht |
Sebelum balik, sempat rasa aiskrim kelapa yang dijual di tepi market. 30 baht je. Murah sangat2 kalo nak dibandingkan dengan signature Sangkaya kat KL tu. Tapi tak kena dengan tekak kitorang. Thailand punya teramatlah manis. Still Sangkaya is the best. Hehe
|
Coconut Ice cream stall |
Selepas 2 jam bersesak, kitorang pun ambik train ke stesen BTS Siam. Same as yesterday, menu lunch kami adalah phad thai dan nasi ayam. Kat Chatuchak tadi pun ada kedai makanan halal, just dah plan nak makan kat Food Hall. Sesi petang di habiskan dengan bershopping di Taokaenoiland, borong Big Bag seeweed. Ni tempat wajib pergi sebab kawan aku ni suka sangat makan seeweed brand ni. Harga pun lagi murah dari KL. Macam2 snack ada dijual disini. Aku beli beberapa pek seeweed and dried fruits untuk family.
|
Tempat wajib pergi bagi peminat seeweed |
Malam tu kami pergi ke pusat urut memandangkan kaki pun dah rasa nak tercabut. A Massage ni kecik je tapi nampak safe, thats y kitorang berani masuk. So kitorang pun terus booking 1hr foot massage. Sampai tertidur la kami di massage. lega sungguh. Servis nya sangat ok, cepat, dan mesra. Mereka akan serve ginger tea lepas habis massage.
|
A Massage. Recommended. |
Otw back, kami decide untuk shopping groceries di Paragon Mall. Gaya macam nak stay sana sebulan pulak hahaha.
Tadaaa inilah hasil shopping kami:
1) Yogurt Bulgaria - nak buat breakfast esok
2) Vegetarian Maggie Cup - juga utk breakfast esok
3) Buah Naga (dragonfruit)
4) Pes tomyam - nak bagi makcik dan officemate kitorang
5) Teh halia - saja nak try. brand Elephant
6) Mineral Water - keperluan wajib ni!
7) Durian - saja nak try sebab rupanya amat menggoda
8) Buah Nangka (jackfruit) - feveret aku ni
Malam tu kitorang tapao fried oyster dan nasi goreng untuk dinner. Both pork free.
|
Fried oyster stall kat Food court |
Day 3
Kami menuju ke MBK Mall untuk lunch kat Yana Restaurant. Wahh nikmat sungguh dapat pekena makanan pedas2. Yang penting, halal lagi.
|
Suasana di Yana Restaurant |
|
Signature dessert thai, red ruby (waterchesnut + nangka + ais + santan cair/susu) |
|
Ni namanya ikan goreng. Tak berapa sedap sebab overcooked dan sambalnya sedikit pelik |
|
Finally dapat makan pucuk paku goreng. Fuhhh kecur liur. |
|
Clear tomyam. Sedap! |
Burppp alhamdulillah.. perut pun dah kenyang. Kat sini kami pun busy memilih souvenir untuk family and kengkawan kat Malaysia.
Ayah: T-Shirt (Beli kat BMK Mall)
Mak: Handbag + Pes Tomyam (Beli kat Narayana and Paragon Mall)
Kakak: Fancy Soap (menyesal tak beli kat Chatuchak. tempat lain mahal weh!)
Aja: T-Shirt + Seeweed (beli kat BMK)
Alia: Beg (beli kat Chatuchak)
Ayyub: T-Shirt (beli kat BMK)
Anwar: T-Shirt (beli kat BMK)
Makcik2 dan kawan2: Pes Tomyam (beli kat Paragon Mall)
|
Snack kat dalam gambar ni sangat famous kat Bangkok. Mana-mana pun mesti ada jual ni. Rangup macam apam balik and krim dalam tu rasa macam sagu. |
|
|
Ni nama dia lukchup. Luar tu jelly and dalam dia inti kacang hijau. |
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Central World!
Selepas itu, kami menuju ke The EM District dengan menaiki train dari BTS Siam dan turun di BTS Phrom Phong. Kat sini kami hanya window shopping je. Almaklum laaa poket tak berapa nak tebal.hik2. Chanel, Fendi, Cartier, LV, Salvatore Ferragamo, dan macam2 lagi ada kat sini. Kedai makan kat sini pun sangat banyak dan unik malangnya semuanya serve pork. Tak dapek la den nak meraso. Bak kata kawan den, duit ado pun tak dapek nak beli aihhh.
Malam tu ada lightshow kat Em Quartier. Sementara nak tunggu jam 8.30pm, kami pun lepak di sebuah cafe. Rambang mata aku tengok kek-kek kat situ. So tempting!
|
haaaa amacam, terliuk tak? |
|
Kalo ikut hati, nak je try semua tu.hahaha |
Jam 7.45pm kami dah get ready kat tempat light show. Untuk pengetahuan u all, show ni free and diorang akan sediakan seat kat area garden tu. Show ni hanya guna sound, lighting and human movement. Ok la tapi bagi aku light show kat Singapore lagi best.
Habis je show, kami bergegas ke Emporium. Just in front of Em Quartier. Kat sini tak ramai orang. Maybe sebab kedai2 kat sini terlalu branded. Kaki pun dah lenguh, lets go back to hotel!
Comments
Post a Comment