3.59pm
Bukit Kemuning
Venue: Anangsari Homestay
Address: Lot 210, Bt. 27 3/4, Jalan Kg Tengah, Kuala Sungai Baru78200 Melaka, Malaysia.
Reservations: 0123040991
Check-in: 2pm
Check-out: 12pm
Facebook:
https://www.facebook.com/pages/Anangsari-Homestay/697848760241904
Website:
http://anangsarihomestay.wix.com/anangsarihomestay#!reservations/c1adp
Buat peminat homestay tepi pantai, boleh try stay di Anangsari Homestay, Melaka. Aku dan family pun first time stay kat sini memandangkan sebelum ni asyik booking homestay cikgu kat sebelah tu. Tapi memandangkan keluarga makin besar, sepupu sepapat makin ramai yang dah beranak pinak, kena la cari tempat baru yang lebih selesa.
Family day ni disertai oleh ahli keluarga belah ayah aku dari Kuala Selangor dan Shah Alam, selama 3 hari 2 malam bermula pada 15-17 Mei 2015. Jumlah semua aku tak berapa pasti. Mak Andak, Ucu Sidah, Ucu In, Uda, Achik Farah, dan family aku. Yang lain-lain tak dapat join atas alasan tertentu.
Day 1
Hari pertama kat sini kami busy buat preparation untuk memasak. Potong bawang, potong buah, potong sayur dan macam-macam lagi. Masing-masing dah bawa makanan dari rumah ala-ala pot luck gitu. Ada bubur jagung, bubur keledek, rendang, sambal sotong, kek, buah dan biskut. Kaum lelaki pulak dah ke laut memasang jaring. Duk KL tak dapat nak rasa semua ni. So bila dah ada chance macam ni laju la mereka semua ke laut. Kumpulan kanak-kanak leka dengan TV dan game card mereka. Waktu petang, semua turun ke laut untuk mandi dan aktiviti mencari remis.
|
Kanak-kanak leka bermain game card |
|
Tudiaa rombongan nak memasang jaring ikan |
|
Dah sampai ke tengah dah. Blurr sebab kena zoom |
|
Rombongan dah balik ke pantai dengan harapan banyakla ikan sangkut di jaring |
|
Baring di pondok tepi pantai sambil menikmati angin laut |
|
Ayah dan Achik Farah dengan hasil tangkapan hari ini. |
|
|
Day 2
Harini aku dan sepupu aku ditugaskan untuk lead Sukaneka. Macam-macam game kami create dengan harapan semua ahli keluarga dari kanak-kanak hinggalah dewasa dapat bergembira. Hadiah pun dah ada disponsor oleh Ucu Sidah. Tepat jam 3pm sukaneka dimulakan.
|
Senarai para pemenang sukaneka |
|
Game pertama, tiup belon sampai pecah kategori kanak-kanak |
|
Tudia pemenangnya Darwish yang membawa pulang 1 set alatulis |
|
Game kedua, raja makan. Kenyang gila la sape join ni. sape nak menang kena habiskan 2 ketul karipap + 3 ketul cucur badak + 2 keping roti + 1 cawan teh o panas |
|
Ketiga2 anak achik farah menang game ni. tak pasal2 semua cakap mereka kuat makan. hahaha |
|
Game ketiga, belon kaki.Haaa budak lelaki paling ngam main ni sebab kena mengganas sikit |
|
Adik aku Anwar salah seorang finalis |
|
Game keempat, tisu terbang ditukar jadi simpul tisu memandangkan angin terlalu kuat |
|
Para juri sedang menentukan pemenang |
|
Haaa siapa dapat simpul paling panjang, dialah juaranya |
|
Game terakhir yang paling ditunggu-tunggu, baling tin |
|
Ada 4 team semuanya. masa ni semua budak lelaki taknak geng dengan perempuan sebab takut kalah |
|
Para penyokong |
|
Remis kat sini sangat banyk. serius! Korek je mesti ada. Besar syiling 10sen tu |
|
Uda dan anaknya Siti Umairah |
|
Pemandangan pantai. So nice |
|
Cucu Mak Andak dengan ultramannya |
|
|
Pada malamnya kami beramai-ramai membuat persiapan untuk dinner. Menu istimewa adalah BBQ dan steamboat. Kenyang gila malam tu rasa nak sumbat semua. Paling best sebab ketam dan ikan fresh dari laut. Makcik aku sangat suka ketam. Manis katanya.
|
Sepupu lelaki ditugaskan untuk sediakan BBQ. Ada ayam dan sosej |
|
Bahan-bahan steamboat. Beli kat NSK je |
|
Suasana sangat meriah! |
|
Kaum bapa sedang berborak |
|
Anak Uda, si siti umairah. sangat keletah bercakap |
|
Self-service ya. hehe |
Comments
Post a Comment