Bukittinggi, Indonesia

4.21pm

Alahai bila la nak offwork ni. Harini aku rasa dahsyat sangat mengantuk. Terbayang2 nikmat tidur semalam. Cepat la wahai masa berjalan.

Haritu 2-6 Jun 2015 aku bersama family pergi ke Bukittinggi Indonesia. Actually tempat ni tak pernah termasuk dalam list travel aku tapi disebabkan ayah aku dah 4x pegi dan mak aku asyik2 nak pegi sini, maka aku pun terus membooking tiket Airasia ke Padang untuk 9 orang. Masa tu kebetulan airasia tengah buat promosi 20%. So, price ticket is RM260 per person for two way. No meals, no insurans, no luggage ya! Keceriaan trip ini diambah dengan keluarga auntieku yang nak join. So total semua 16 orang.

Tambah tolak dalam 3 bulan jugak la aku buat research before ke Padang ni. Habis segala blog, web, google map and macam2 lagi aku belek. Ye la, semua benda aku handle sorang. Dari book flight ticket sampai la transportation, hotel, tentatif, makan minum segala bagai. Fuhhh letih jugak wo.

Credit to:

1) Airasia selaku syarikat penerbangan kami
2) Kita Holidays Travel & Tour, pic Pak Amsyahril, selaku advisor & penyedia bas pesiaran, whatsapp +6285263007445

3) Pak Andesi, selaku supir kami
4) The Hills Hotel & Convention selaku tempat penginapan kami (day 1& 2)
5) Cavery Beach Hotel (day 3)
6) Havilla Maranatha (day 4)
7) Orion Holidays selaku tour guide kami untuk island hopping
8) Keluarga auntie ku, selaku penambah keceriaan kami

Inilah tentatif a.k.a itinery kami sepanjang 5D 4N di sana. Haaa fyi, itinery ni aku buat sendiri tau, approved setelah 2x revised. hehehe. Dah bagi pada Pak supir and dia cakap bisa diatur insha Allah.


Planning vs. reality, rupa-rupanya perjalanan menaiki bas ke Bukittinggi ni memakan masa yang lebih lama dari yang kami jangka. Endup semuanya berjalan seperti yang dirancang kecuali tak sempat nak singgah ke Sate Mak Syukur. Tak dapek la nak merasa sate tu. Alhamdulillah pak supir bawa kami ke Bika Talago and dapat la merasa makan bika panas2 hot from oven gitu. Dalam perjalanan, kami singgah di Kilang Pemprosesan Tepung. Dapat tengok mesin dan peralatan membuat tepung jela sebab bukan office hour. Waktu malam kami bersiar-siar di sekitar hotel. Swimming pool pun dah tutup that time. Huhu. kesian budak2 yang teringin mandi tu. Maap ye adik2.

Terminal klia2. Adik-adikku. Ayyub, Aja and Anwar

Menunggu di balai berlepas. Kakak ku dengan suaminya, dan ibuku.
Makan siang a.k.a menu pertama di sana. masakan Padang


Fuhh berselera sungguh. Almaklum la. lunch time pukul 4pm. huhu

Jus lamun ombak. Boleh tahan!

Muka happy kekenyangan

Entrance fee Rp.50 ribu for 16 pax
Laluan ke air pancur.

Air pancur lembah anai

Semua sibuk bergambar

Gerai sekitar lembah anai

Toko Putri Minang di Pandai Sikek. Mahal gilo wehhh.
Bika (lempeng) disumbat kelapa parut manis ditengahnya. Sedap makan panas-panas. Rp. 3 ribu per pc


Live gambar dari dapur

Dinner: Nasi Goreng Biasa. Looks plain but actually spicy!

Alia order mee bakso dan jus sirsak (soursop)

Nice view from hotel balcony

The Hills Hotel & Convention, lobby area






















Bergambar kenangan di Pulau Pagang, Padang, Indonesia


Total: MYR 322.95 (USD 88.35) untuk 5 bilik 2D1N

Total: MYR 368.46 (USD 102.44) untuk 1 bilik 3D2N

Total: MYR 1473.84 untuk 4 bilik 3D2N





Comments

Popular Posts